Madrasah Imam Zarruq (Pengajian Group Facebook Tertutup)


Sertai pengajian mingguan secara Online di Group Facebook Tertutup membaca karya-karya Tasawwuf dan 'Aqidah al-Imam Ahmad Zarruq al-Fasi, penerus dan penghidup legasi keilmuan, tariqah dan ma'rifah al-Imam Abu al-Hasan al-Shazili r.a.



Biografi Ringkas Imam Ahmad Zarruq al-Shazili r.a


al-Imam Ahmad Zarruq al-Shazili merupakan seorang sufi dan mujaddid agung dalam sejarah Islam. Karyanya tetap menjadi rujukan utama dalam dunia tasawuf. Beliau diberi gelaran 'Muhtasib al-‘Ulama’ wa al-Awliya’ (Penasihat Para Ulama' dan Para Wali), yang menunjukkan keunggulannya dalam mengharmonikan ilmu syari'at, tariqat dan ilmu haqiqat(tasawwuf).

Lahir pada 7 Jun 1442 atau 22 Muharram, 846 H, di kampung Tiliwan, Moroko, al-Imam Ahmad Zarruq menjalani waktu kecil yang sukar sebagai yatim piatu. Dibesarkan oleh neneknya, Ummul Banin, seorang ahli fekah yang ulung di daerahnya, beliau juga diperkenalkan kepada pelbagai cabang ilmu pengetahuan Islam dan pertukangan seperti menjahit.

al-Imam Ahmad Zarruq al-Fasi mendapatkan pendidikan yang kukuh dalam mazhab Maliki, ilmu Hadis, Aqidah Asha'irah dan Tasawwuf. Hasil tarbiyah neneknya membentuknya menjadi ulama' terkemuka. Beliau dikenali sebagai Imam az-Zarrūq al-Shazili, seorang pembaharu atau mujaddid yang telah memberikan sumbangan besar dalam dunia tasawuf dan intelektual Islam pada masanya.

Nama beliau juga tersohor sebagai ulama' yang mengikuti jalur Tariqat al-Shaziliyah yang bersambung jalur keilmuannya kepada Imam Abu al-Hasan al-Shazili r.a. Bahkan beliau mendirikan cabang Tariqat al-Shaziliyah yang dinamakan murid-muridnya 'Tariqat Zarruqiyah Shaziliyyah' dan zawiyah serta madrasahnya tersebar ke serata dunia.

Guru-gurunya termasuk neneknya, Abu Al-Abbas Ahmad bin Sa’id Al-Miknasi Al-Fasy 870H, Abdullah bin Muhamad Qosim Al-Qoury 872H, Ahmad bin Abdullah Az-Zaituny 870H, Abul Ali Hasan bin Mandil Al-Mughily 864H, Abul Abbas Ahmad bin Aly bin Salih Al-Faylaly 860H, Abu Abdillah Muhammad Al-Masydzali 866H, Abu Abdillah Muhammad Ibn Amlal 856H, Muhammad bin Qosim Ar-Risho’ 890H, Shaykh Abu al-Abbas Ahmad ibn al-‘Ijl, al-Imam Shamsuddin al-Sakhawi, dan al-Imam Abdullah Muhammad Sulaiman al-Jazuli (pengarang Dalail Khairat).

Selain itu, Syekh Ahmad Zarruq menulis lebih dari 50 kitab, di antaranya Syarah Hizib Bahr, Syarah Hikam Ibn Atha'illah, Syarah Qawaid al-Aqa'id, Syarah Sahih al-Bukhari, Qawa’id al-Tasawwuf, Usul Tariqah, Al-Jami’, An-Nasa’ih, An-Nasihah Al-Kafiyah, ‘Uddatul Murid al-Sadiq, Risalah fi Radd ‘alaa Ahlul Bid’ah, Sharh Al-Haqa’iq wa Daqa’iq, Sharh Muqatta’at Ash-Shushtari, I’anatul-Mutawajjih al-Miskin dan banyak lagi yang masih menjadi bahan kajian pemikiran Islam, timur dan barat sehingga kini.

Diantara keunikan Sharah Imam Zarruq, ketika beliau mensyarahkan kitab Al-Hikam sehingga lebih daripada 17 kali. Setiap kali khatam tulisan syarah, manuskrip syarah kitab Al-Hikam selalu hilang, atau dicuri orang. Dan syarah beliau masih utuh sehingga sekarang dan telah dtemui kembali dan diterbitkan. Uniknya, setiap syarah beliau adalah berbeza huraian dan rahsianya dari awal sehingga yang ke-17. Itulah misteri dan rahsia Kitab Al-Hikam Ibnu 'Atha'illah al-Shazili.

Wafatnya al-Imam Ahmad Zarruq di Misrata, Libya, pada tahun 899 H (1493), meninggalkan khazanah ilmiah yang terus bermanfaat dan relevan sehingga ke hari ini. 


_________________________________________



Pengajian bermula pada Januari 2024.

Pengajian berlangsung secara mingguan selama 6 bulan.

Satu jam setiap kelas. Waktu akan diberitahu kemudian.

Kitab terjemahan disediakan.

Dibimbing oleh: Ustaz Azam Azhary 


Pastikan anda mengisi email dan nama dengan tepat dan benar.

Link Group dan Password akan diberikan di e-mail setelah pengesahan pembayaran yuran seumur hidup RM 25 sahaja.

Sebarang pertanyaan sila hubungi admin, +601110964771 (Faris)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Group Private Majlis Ilmu Madrasah Imam Zarruq
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel nakilmuustaz@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaAZHARY GLOBAL
No. Akaun562405634536
Buka Maybank2u  

Whatsapp Bantuan